Wednesday 28 September 2011

APA , CIRI-CIRI DAN HATI-HATI DENGAN SAHABAT.





“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.




Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.



Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Kalau hendak berkawan jadilah seperti Spangebob dan Patrick.
KAWAN SELAMANYA !!

Apa yang dilakukan selalunya bersama. 

Perasaan pun sama . 
Sekadar pesanan daripada seorang sahabat yang bernama Shafinaz Shahudin kepada sahabat-sahabatku yang ku kasihi dan kusayangi. 

.........MA'ASALAMAH.......




Sunday 11 September 2011

JODOH??



Sahabatku..

Jodoh sudah ditakdirkan Allah S.W.T. Jodoh kita tidak akan kemana-mana dan akan datang 

jika waktunya tiba. tugas kita hanya terus berdoa dan berusaha untuk segera menjemput 

jodoh kita. Jangan berputus asa dan bersabarlah dalam menjemput jodoh yang telah 

ditetapkan Allah S.W.T. Dia memberikan pilihan dalam memdapatkan jodoh untuk kita. 


Pertama : Cepat mendapatkan jodoh

Kedua : Lambat mendapatkan jodoh

Ketiga : menunda mendapatkan jodoh sampai bertemu jodohnya diakhirat kelak. 

Apapun pilihannya jodoh ditentukan Allah S.W.T kerana 

itulah cara terbaik bagi kita. Bagaimana cara cepat untuk 

mendapatkan jodoh? 


Sahabatku...

Cara cepat menjemput jodoh adalah :

1 . Perbaikilah diri dan tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.S.W.T. terkadang tanpa 

kita sedari kita mendekati Allah tentang jodoh kita. 

2.  Ketika datangseseorangyang mendekati kita untuk membangun hubungan yang serius 

menwujudkan keluarga Sakinah. Kita terburu-buru menolaknya kerana tidak sesuai dengan 

yang kita inginkan.

3. Cubalah bila memang ada yang hendak serius tidak serta-merta untuk ditolak namun 

dipertimbangkan terlebih dahulu sekaligus berdoa memohon petunjuk Allah boelh menjadi 

orang yang telah dikirimkan Allah untuk jodoh kita. 

4. Berprasangka baiklah kepada sesiapapun yang memang hendak berta'aruf dengan kita 

kerana boleh menjadi seseorang yang kita anggap buruk dia adalah baik untuk kita dan yang 

kita anggap baik dia adalah orang yang buruk untuk kita.


Mohonlah yang terbaik menurut Allah S.W.T maka terbaik pula untuk kita. 


" Bolah jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan 

boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu  padahal ia amat buruk bagimu.

 Allah MAha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" 

( QS. 2 :216 )

Monday 4 July 2011

hari yang membosankan...

Assalamualaikum sebagai pembuka kata .
 bukan nak kate ape la kan.. first week dah cam xbest.
fine . belajar ade gak ngn budak-budak 2 3 tahun bawah kite . mau kepala masuk air beb .
but the way, nak kate enjoy kat sini pon xgak , nak kate sedih pun x gak . aku redha je kalo orang nak pinggirkan aku masa belajar..
 xde masalah langsung. aku datang sini nak belajar bukan nak buat bukan- bukan dengan niat lain kan .
kalo dorang rase perangai aku kat sini xdapat diterima , it's OK ! xde masalah. korang boleh pilih jalan hidup sndiri tok belajar.
ape yang aku cakap kat sini memang LUAHAN HATi aku sepanjang aku dekat sini.
THAT ALL FOR TODAY.
sorry if aku lame tak update blog nie k. bz sikit bila awal2 bulan nie kan..
if ade mase aku update tiap hari k.
WASALAM.
MA'ASALAMAH .
HAPPY ALWAYS GUYS ! ^_^

Thursday 23 June 2011

KAWAN ? Ape sebenarnya maksud KAWAN ?

Assalamualaikum

Nie nak cerita.. apa maksud 



Sahabat, Kawan, Teman?


check it out!!
Sahabat
Kebanyakan orang menggelar kawan karibnya sebagai sahabat.  Adakah mereka patut digelar sahabat?Sahabat tidak beerti jika hanya tertumpu pada kesenangan semata-mata. Sahabat perlu ada ketika kita berada dalam keadaan senang, susah dan sewaktu dengannya. Maksud sebenar Sahabat adalah tidak kira kita susah atau senang, mereka akan tetap berada menyokong kita. Itu adalah Maksud Sahabat sebenar.

 Kawan. 
Lebih dikenali sebagai KENALAN. Mereka ini akan berada disisi kita bila kita dekat dengan mereka. Kita kadang kala mudah TERLUPA bahawa kawan juga boleh makan kawan sendiri . Contohnya yang terdekat boleh diambil oleh rakan kita sendiri. Tidak 100% pemikiran mereka akan menyokong anda. Mereka ini bagaikan MUSUH DALAM SELIMUT yang boleh membinasakan kita sendiri suatu hari nanti.

Teman.
Teman tapi Mesra. Ungkapan ini sudah selalu kedengaran di gegendang teliga kita. Adakah Sahabat ataupun Kawan boleh dijadikan Teman kita sehingga akhir hayat?
 Teman bererti mereka yang akan bersama-sama kita hingga penghujung waktu. TAPI , seorang Teman tidak boleh membantu kita di akhirat kelak melainkan AMALAN kita sendiri.Jangan terlalu MENGAGUNG-AGUNGKAN Teman kita kerana mereka sendiri akan menghadapi rintangan bersendirian di Akhirat kelak.

the moral of the story ,

Hilangnya MORAL aku entah kemana . Aku perlukan WAKTU untuk diri sendiri . Mencari kemana hilangnya Moral yang selama ini aku lupakan . Kepada kawan-kawan diluar sana , HIDUP INI PENUH DENGAN PANCAROBA . Dunia ini adalah sementara sahaja. Ingatlah , sekuat mana pon PESAHABATAN , KEIMANAN kita akan menguasai segalanya . Aku berharap SUATU HARI nanti , aku akan ditemukan dengan seseorang yang mampu menaikkan semangat aku kembali . Betul jugak kata ibu aku , " KAWAN , TEMAN , SAHABAT kita tak akan membantu kita MASUK SYURGAWI melainkan kita sendiri yang berusaha .

Aku redha KetentuanNya .

Teman aku pergi bukan kehendakku . 

Kuasa Allah lebuh kuat . 

Aku habamu yang hina . 

Aku berserah segalanya . 

Andai kata aku tidak kuat mengharungi SAKIT yang Engkau berikan , Kau ambillah Nyawaku . 
Aku tidak mampu menghalangnya.

Wednesday 18 May 2011

kenangan hari guruku di SK kampong Jawa Segamat Johor

Assalamualaikum,
Sorry la sebab aku da lame tak update blog ni. 
bukan ape, bz sikit dengan kegiatan sekolah yang belum berakhir.
ha.. 
nie nak cerita la sikit.
pasal hari guru yang best sesangat bagi aku la kan..
xtahu la pada orang lain.

ok ceritanya
pada pagi kena la punch card dulu kan..hehee
pastu guru dan murid akan berkumpul di dewan terbuka
nie dewan terbukanya. nampak kan red karpet tuh? special kan kami..hehe


ok. dah tuh semua murid akan berkumpul kat depan dan tidak menghalang red karpet yang merah tuh, sebab semua cikgu akan membuat catwalk kat sana..haha
inilah laluan guru.

Dan ini aku yang lalu kat sana. femes ke aku?? dah la panggilan akhir..tp sambutan meriahh~~
Nie baru red carpet. belum lagi aktiviti yang telah dirancang. memang syok sesangat la.

Antara aktiviti yang dijalankan :
a) Bola Jaring Lelaki (syarat-memakai kain Pelekat)

b) Futsal Guru Perempuan (Kumpulan Biru VS Kumpulan Merah)

c) Sukaneka

   i) Pancing Botol
   ii) Tarik Bola Dengan Tali Skipping
   iii)Makan Epal Tanpa Menggunakan Tangan
   iv) Membawa Bola Ping Pong Dengan Sudu di Mulut
   v) Baling Belon Berisi Air
   vi) Rebut Kerusi

tu lah antaranya acara yang dijalankan 
Manakala Gambarnya aku xsempat nak download at profile cikgu2 yang membawa camera tu. tapi sedikit sebanyak ade la jugak.

Group Cikgu Zahir menang dalam permainan bola jaring sambil memakai kain pelekat
permainan bola jaring nie Guru vs Pelajar


nie penjaring...xpadan dengan tinggi dan rendah nak shot bola masuk goal..haha
guru mengelecek bola..yang biru tuh aku ea..heheh
perlawanan persahabatan antara guru dari pasukan merah & pasukan biru


sukaneka : sambut bola belon
rebut kerusi

pelajar-pelajar ku
 dan aktiviti terakhir sekali yang paling ditunggu-tunggu oleh semua guru-guru iaitu "PENYAMPAIAN HADIAH" heheee

nie hadiah yang aku dapat kalau xsilap futsal kot..btw thax cikgu sebab bagi group kami menang,,hehee


last sekali, 
jamuan .. kalo bak kata kak cik epal "menternak lemak" hehee....sebab memang lapar bebenor la time tuh..perut dah bergendang gendut da kan..memang makan xingat dah time tuh...hehehe

menu mase tu ::: nasi putih,air sunquick sejukkk~~, asam pedas ikan kembung (lazat weyhh~), tempoyak pucuk ubi, ulam2an+sambal belacan, udang msak sambal, gulai pisang masak lemak. makanan memang terBAIK la..balik rumah dengan muka senang hati sebab dah kenyang...hehee..

so that all in my post today.
maybe next time but i dont know when i will post if have a time lorh..hahaaa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT NGOROK(TIDUR)heheee

Enjoy with this song "GURU MALAYSIA" 
SELAMAT HARI GURU.
TERIMA KASIH , CIKGU!!!!


finish created in 12.05 a.m / 18 May 2011

Saturday 16 April 2011

seminggu yang menyakitkan hati.

Assalamualaikum semue.

kat sini aku nak cer cite la pasal seminggu yang agak menyampah dalam bekerja.

Hari Isnin
hari yang paling memenatkan sebab JADUAL BARU !!
dah la jadual baru lepas tuh, guru kelas pun bertukar..
bagus la..tapi bayangkan la kalo ade matapelajaran yang memang korang benci mase darjah 4 @ 5 korang kene ajo....hadoi.... sabo je aku...bebenyak la aku nie bersabar dan ingatkan dapat la mengurangkan pekikan di kelas..nie menambah lagi kekeringan tekak aku nie dengan budak-budak nie. dah la puase..puase segalanya..puase duet(sebab kering banget) haaaahaa..puase telinga(astaga)
(puase time)


Hari Selasa
aku salah masuk kelas da...
patutnyer masuk kelas 4Cemerlang  tetapi aku masuk kelas 4Cerdik.
hampeh tol.
dah cikgu yang patut masuk tu muke agak terperanjat+muke aku pulak muke tak bersalah langsung masuk kelas salah. hahaha
dah tu ape lagi..dengan selambe badak bin tenuk, aku angkat buku rekod,beg tangan n muke tak bersalah keluar la dari kelas tersebut dan masuk kelas yang sepatutnyer aku masuk.
mengah jugak la aku nak memanjat tangga yang paling tinggi kat sekolah tu dengan tingkat yang ke empat...
fuhh....
balik rumah je terus aku tukat baju,sembahyang,TIDOOOOOOOOOOO sepuasnye..


Hari Rabu
Pagi: hari yang paling membengangkan aku. sebab accident yang memang kalo korang hadap memang agak menyakitkan hati la kan..
sekurang-kurangnya bile berselisih ke terserempak ke..senyum je la nie masam je muke...senyum kan satu ibadah.. lagi-lagi senyum kan boleh awet muda.
nasib baik xsalah masuk kelas lagi..wakakaaaa..

Petang(time kokurikulum) :: and the most funny i teach my student KAWAD!!!
Why me?? kawad aku pun kadang-kadang hancus..
but the way, ok la..alhamdulillah dapat la aku membuat kawad kaki tuh yang kadang-kadang terkantoi sendirian berhad...hahaaa
tapi seronok la jugak hari nie...cume pagi jew yang aku hangin sikit dengan seseorang. 
hurrrrmmm~~


Hari Khamis
Hari nie ea~
ermm... hari yang banyak free time kat bilik guru. 
sebab mase mengajar xbanyak..
lepas tu relief yang banyak..nasib baik ade program Anti Dadah sampai habis mase relief aku...
wakakakaa.....bagus kan..kan..kan..
kalo sampai habis waktu mengajar aku pon bagus gak..hehee..xde la gurau jew..
sape nak ajar kan anak harapan bangsa nie untuk berjaya kan...ape la aku nie..
heheee
xbaik taw aku nie


Hari Jumaat
hari yang paling ok laaa...tapi yang tek best is kena BUAT SOALAN bagi Penilaian Kurikulum 2 sekolah aku tuh..
tiba-tiba je lepas abis kelas..ternampak lah aku dengan kertas yang menyatakan bahawa aku ditugaskan untuk membuat soalan...
haw dare suruh aku yang fresh otaknyer disuruh buat soalan yang aku baru masuk kelas tu 1 kali...hurmm..
xpe.. nie semua pengalaman...dont worry,,,..
so hari nie siapkan ape yang patut and jangan tangguh-tangguh lagi..buat cepat..
kalau dah siap, just baut second check and touch up je mane yang tak betul..
kan2...dah abis cite da kan..so kan nie sebagai santapan dikala rindu kan daku..
hahhaa..out 
Assalamualaikum...
(xjawab dosa,kalau jawab sayang) 

pakaian hari khamis.. hehe

dalam bilik guru.. xtaw nak buat ape time nie.
hamek koooo..

ADIOUS~~

(created by : CikpnOt )
(time : 12.30 a.m~4 April 2011)

Hayatilah.

"Aku Sudah Bertunang"
  
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


kita kan ade adab kita tersendiri.
susah ke nak turuti perintah - NYA ?

Berserahlah Pada Yang Esa.